Friday, February 18, 2011

JADUAL KURSUS NEGERI SABAH & WP.LABUAN

BULAN MAC 2011

1. WP.LABUAN :  9 - 10 Mac 2011 (Rabu & Khamis)
Tempat : PEJABAT MARA LABUAN,  Tkt 1,Ujana Kewangan Labuan
STATUS: CONFIRM & PENUH

2. KENINGAU : 19 - 20 Mac2011 ( Sabtu & Ahad)
Tempat : Dewan Masyarakat Keningau.
STATUS: DITANGGUHKAN  KE 26 - 27 Mac  2011

3.  KOTA KINABALU : 23 - 24 Mac 2011 (Rabu & Khamis)
Tempat : Pusat Bimbingan Usahawan Negeri Sabah, Kg. Air, K.Kinabalu.
STATUS: DITANGGUHKAN KE 29 - 30 Mac 2011
4. TAWAU:  30  - 31 Mac 2011  (Rabu & Khamis)
Tempat : Pejabat MARA Tawau.
STATUS:  DIBATALKAN

# Tertakluk kepada perubahan. Pelajar akan diberitahu secepat mungkin sekiranya berlaku perubahan tarikh / tempat kursus.

Sunday, February 13, 2011

Pada masa kini, kelulusan akademik sahaja bukan satu jaminan untuk anda mendapat pekerjaan yang baik. Anda perlu memperlengkapkan diri dengan pelbagai sijil kemahiran yang berkaitan dengan bidang pekerjaan yang ingin anda ceburi.

Syarikat swasta khususnya hanya memerlukan kakitangan yang berpengalaman 1 – 3 tahun. Sekiranya semua syarikat mengenakan syarat sedemikian, selagi itulah anda tidak layak memohon jawatan kerani am.

Mengikut pengalaman kami, ramai bekas peserta kursus ini telah diberi peluang untuk ditemu duga dan akhirnya berjaya mendapat pekerjaan tersebut walaupun tanpa pengalaman kerana mereka telah mempunyai pengetahuan asas berkaitan tugas-tugas rutin kerani am.

Modul kursus
Modul kursus kami dirangka begitu teliti untuk memastikan peserta-peserta kami mahir di dalam bidang pengurusan pejabat, Pengurusan Sumber Manusia, komunikasi dan perhubungan pelanggan. Para peserta juga akan diajar “Teknik berjaya di dalam Temuduga SPA/swasta”. Ini merangkumi persediaan awal (penyediaan resume,surat permohonan dan cara-cara memohon pekerjaan di Jabatan Kerajaan, sokongan serta soalan-soalan yang lazim dikemukakan di jabatan kerajaan dan swasta.), persediaan setelah mendapat panggilan temuduga serta tatacara ketika menghadiri temuduga.
Sijil Tamat Kursus
Para peserta yang telah menjawab semua soalan-soalan yang disediakan akan menerima 4 Sijil iaitu :
1. Sijil Tamat Kursus“Kerani Am/Pembantu Tadbir”
2. Sijil Tamat Kursus "Pengurusan Sumber Manusia"
3. Sijil Tamat Kursus "Komunikasi & Perhubungan Pelanggan"
4. Sijil Tamat Kursus "Simpan kira / Asas Perakaunan"
untuk peluang lebih cerah mendapat pekerjaan.
Yuran Kursus
Yuran keseluruhan kursus ini adalah RM150.00 sahaja. Makan dan minum tidak  disediakan sepanjang kursus ini.

Penceramah Kursus
Kursus ini dipimpin  oleh seorang penceramah kursus berpengalaman lebih 16 tahun mengendalikan kursus-kursus perkeranian, perbankan, insurans dan takaful. Beliau adalah bekas guru dan pernah berkhidmat di syarikat kewangan, koperasi dan beberapa buah syarikat terkemuka. Beliau juga  kini memegang jawatan  pengerusi KOPERASI USAHAWAN MALAYSIA LABUAN BERHAD.

Bagaimana cara untuk mengikuti kursus ini?
Taipkan (nama penuh  <> No.ic <> Tempat kursus pilihan)
SMS ke :  012 - 818 3080.
Ucapan terima kasih dari bekas peserta kursus((Ucapan ini telah dikirim melalui SMS)
Hello En. Aziz apa khabar? Setelah mengikuti kursus perkeranian pimpinan En.Aziz, akhirnya saya telah berjaya mendapat pekerjaan yang baik. Saya ucapkan setinggi terima kasih pada En. Aziz. Salam dari Helda.
-------------------------------------------------------------------------
Saya nak ucapkan terima kasih pada en. Aziz kerana saya telah diterima bekerja di DBKK. Terima kasih di atas tunjuk ajar encik dan sokongan kawan-kawan ---. Amirul- peserta kursus sesi march K.Kinabalu.
--------------------------------------------------------------------------
Saya suzie bekas peserta kursus ini. Saya telah mendapat kerja kerani di sebuah syarikat swasta. Terima aksih En. Aziz.
--------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum. Saya Kartini telah mendapat kerja di LHDN Petaling Jaya. Saya ucapkan jutaan terima kasih pada En.Aziz.
-------------------------------------------------------------------------
Saya Ros bekas peserta kursus ini telah berjaya mendapat pekerjaan sebagai kerani am di sebuah syarikat engineering. Terima kasih di atas tunjuk ajar En.Aziz.
------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum. Saya Rohani bekas peserta program anjuran Excellence telah berjaya mendapat pekerjaan sebagai kerani di Syarikat carigali yang terkenal. Jutaan terima kasih atas tunjuk ajar En.Aziz.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Daftarlah sekarang!!